Kehebatan Bismillah
“Kehebatan
Bismillahirrahmanirrahim! Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim
banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah
rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan
di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (yakni Malaikat) dan alam yang
rendah (yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di muka bumi).
Dengan nama Allah, Yang Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang, Sabda Rasulullah s.a.w.: “Adalah Jibril apabila
datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir
rahmaanir rahiim.” (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Itulah
isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, ‘Akbar’ seperti
putih mata dengan hitamnya. Begitulah dekatnya.”
Demikianlah jawapan Rasulullah
s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.
Sabda Baginda s.a.w. lagi:
“Ismullahil-A’zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada
semua pembacaan Al-Qur’an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum
menyebut nama-nama Allah yang lain.” ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )
Bersabda Nabi s.a.w.: “Ketika
turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim, bergembiralah ahli langit dari bangsa
Malaikat, bergoncanglah ‘Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000
Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan
bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya.”
Dari Abu Na’im dan Ibn Sunni dari
Siti Aisyah r.a.:
“Ketika turun Bismillaahir
rahmaanir rahiim, mengucap tasbihlah gunung-gunung hingga dapat mendengar para
penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata: “Rupanya Muhammad yang
menyihir gunung-gunung itu.” Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan
penduduk Mekah.”
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh yakin, akan
bertasbihlah gunung-gunung. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: ”
Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan laa haula walaquwwata
illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan
kesukaran, dukacita dan kesakitan.”
Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas’ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000
darjat.”
Dari al-Waqii dan atas-Tsa’labi
dari Ibnu Mas’ud r.a.:
“Barangsiapa ingin dipelihara
oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka hendaklah
dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan
tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai.”
Bersabda Nabi s.a.w.: “Jin itu
suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa
mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor
Allah.”
Pengertian dari hadith di atas
ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim setiap kali kita
menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin
dan syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga
mendapat keberkatan dan keselamatan sama ada atas harta-benda mahupun diri dan
segala usaha kita.
Dari Anas bin Malik bersabda
Nabis.a.w.:
“Andaikata pepohon dijadikan pena
dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat
untuk membuat buku dan menulis arti Bismillaahir rahmaanir rahiim selama sejuta
tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh
darinya.”
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Ada
suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiim. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu
berkata umat-umat yang lain: “Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan
mereka.”
Sesungguhnya, adapun yang menjadi
sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan mereka dengan
Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika
sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca
timbangan, nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim.”
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi
s.a.w.bersabda:
“Apabila engkau berwuduk,
ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana Malaikat penjagamu tidak kan
berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila
engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim
kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga
selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak,
akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan
anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.
telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan
bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim
dan berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan
itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami”, maka jika
sesungguhnya Allah takdirkan dari
persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya
untuk selama-lamanya.”
Dikisahkan di dalam Kitab
Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta’ala itu mempunyai 3000 nama yang mana
1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di
dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama
disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Qur’anul kariim
manakala 1 berada di sisi Allah.
Dan, adapun makna daripada
keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan
dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir
rahiim. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir
rahiim umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun
sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim itu ada sembilan belas huruf
dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka,
barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh ikhlas dan yakin
kepada Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah
Basmalah adalah ucapan pembukaan
Bismillah "Dengan nama Allah"), lengkapnya adalah bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi. Kalimat ini tertera dalam
setiap awalan Surat di dalam Al-Qur'an, kecuali Surat At-Taubah. Juga diucapkan
setiap kali seorang Muslim melakukan salat, juga memulai kegiatan harian lainnya,
dan biasanya digunakan sebagai pembuka kalimat (Mukadimah) dalam konstitusi
atau piagam di negara-negara Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar